Cara Membuka Akaun City Link Express

posted in: Info | 0
Hai,
Pernah mencuba perkhidmatan daripada Citylink? Ramai sahabat-sahabat saya yang berniaga secara online menggunakan khidmat City Link. Ok jugak, murah dan jimat. Jom tengok apa kelebihan City Link dan cara membuka akaun City Link Express .
Tahu tak, Citylink ni boleh pick up barangan kita setelah kita buka akaun Citylink di cawangan terdekat. kebanyakan peniaga online juga menggunakan khidmat Citylink. Untuk pengetahuan, penghantaran mengambil masa 1-2 hari bekerja di kawasan bandar dan kalau luar bandar tu takes time juga.
Perkhidmatan penghantaran barang yang cepat dan on time memberi nilai kepuasan kepada customer anda coz sekarang ni semua orang nak sesuatu dengan cepat. Untuk memastikan barang yang dipos selamat sampai kena pilih syarikat kurier yang jujur, buat kerja dengan cekap, ( takut nanti ada pula pergi pos tempat lain ) dan yang paling saya suka dia orang datang pick up.
 Nak servis pick up kena buka akaun sendiri. Mudah je nak buka akaun, pergi pejabat Citylink dan mintak staff tunjuk ajar. Nanti tiap-tiap bulan anda terima bil bayaran dan diminta langsaikan cajnya di pejabat Citylink. Jimat minyak kenderaan dan upah orang poskan. Saya tak suka nak COD ( Cash On Delivery) penghantaran barang sebab makan masa yang lama, lepas tu terkejar sana sini. Letih pulak !! Better pos saja.
Dengan Citylink, saya boleh berjimat. Berikut beberapa sebab saya memilih Citylink dari syarikat kurier lain :
  1. Citylink mengenakan cas parcel ( bungkusan )  yang berbaloi dan murah, 2kg pertama pun RM8++ . Tak sampai RM9 pun
  2. Servis penghantaran baik dan memuaskan, saya pos petang ni, esok customer call dah sampai. Cepat juga kan ? Ni customer Johor tak silap
  3. Mudah kalau korang nak tracking parcel. Just log in to Citylink website
  4. Kalau Google pun, tak pernah lagi orang review perkara buruk mengenai Citylink setakat ni

Mula-mula korang kena pergi mana-mana branch Citylink atau boleh call HQ mereka 03-5565 8399, minta operator sambungkan ke department untuk pembukaan akaun. Kalau ke pejabat Citylink, sampai disana maklumkan kepada kerani bertugas untuk membuka akaun Citylink. Pembukaan akaun Citylink tidak dikenakan apa-apa bayaran. Percuma sahaja !

Langkah nak buka akaun Citylink, ni mana saya ingat ya :

1. Kena pergi mana-mana cawangan Citylink terdekat atau boleh refer sales executive mereka (ikut kawasan)
2. Pastu minta borang akaun pick up dengan kerani bertugas atau sales executive mereka akan emelkan borang, kita print out dan isi. Kalau dekat, Sales Exec dorg akan datang pick up borang di rumah/ pejabat.
3. Isikan, kalau tak faham boleh minta kerani ajarkan
4. Wajib ada SSM
5. Kena ada cop SSM, pada cop kena ada nama perniagaan & no pendaftaran SSM
6. Kepilkan fotostat IC
7. Review borang takut ada salah pastu hantar
8. Akaun anda akan diproses dalam masa seminggu camtu
9. Pastu anda akan menerima slip pos siap cetak alamat & nama perniagaan anda
10.Tunggu bil bulanan sampai kalau ada penggunaan ( Jgn bayar lewat, nnti akaun kena beku )

Buka link ini untuk download contoh Credit Term Citylink dan rate harga mereka:- (as at September 2018)

  1. GlowFreight.
  2. Credit Facilities Application Form
Untuk mengetahui lokasi semasa cawangan Citylink di tempat anda boleh layari website Citylink.
Ok, dah faham cara nak buka akaun City Link? Nak tahu cara buka akaun Easy Parcel atau Pos Laju plak? Klik link ini:
Sekian.
Credit: shafiqraduan.com