Cara Membuka Akaun Easy Parcel

posted in: Info | 0
Hello!
Okay sebelum ni kami pernah cerita cerita pasal macam mana nak buka akaun kontrak dengan Poslaju kan? Boleh baca kat sini : “Cara Membuka Akaun Pos Laju”
Dalam entry tersebut kami ada mention yang deposit untuk pembukaan akaun ialah RM500. Tapi nampak gayanya macam dah jadi RM1000. So sebagai alternatif untuk korang-korang yang baru berjinak jinak nak bisnes tu, boleh lah gunakan EASYPARCEL .
EASY PARCEL ialah sebuah syarikat yang ala ala macam orang tengah antara client dengan courier company. Maksudnya, easy parcel ni bukan lah sebuah syarikat courier pun. Bukan diorang yang pos kan barang korang. Sebaliknya dia tolong manage kan je, dan jadi perantara antara kita dengan syarikat courier besar besar tu .
EASY PARCEL ni menggunakan sistem prepaid. Maksudnya kita kena topup akaun kita, dan setiap kali pengeposan dibuat , akan tolak directly daripada baki akaun kita.
Masa awal-awal guna EASYPARCEL dulu, tengah ada promosi flat rate RM5.00 je untuk pos item bawah 1kg seluruh semenanjung. Tapi sekarang dah jadi RM6.00 dah. Mungkin masa tu promosi pengenalan kot. Tapi , RM6.00 tu masih lagi murah lah. Sebab kalau direct dengan Poslaju, untuk 500gm pertama dah RM7.30 (Tahun 2018), lepastu kalau contoh berat barang tu 0.51-0.75kg, harga pos dah jadi RM8.59. So, dekat sini lah kelebihan EASY PARCEL ni .
Korang pun tak gaduh nak beratur dekat POSLAJU tu panjang panjang, sebab dengan EASY PARCEL ni, korang boleh request untuk pickup.
So, macam mana nak gunakan EASY PARCEL ni? ha meh nak ajar.
Mula mula, korang ke website rasmi EASY PARCEL : http://easyparcel.my/
Lepastu macam biasalah, kena daftar daftar dulu. Boleh create account menggunakan email, atau pun login menggunakan facebook. So, bergantung lah korang selesa macam mana.
Okay, sekarang nak ajar korang cara untuk request postage pulak.
Nampak tak kotak warna maroon atas tu? ha, isi kotak tu . Masukkan poskod selengkapnya . Ini berfungsi untuk bagi sistem easyparcel ni dapat estimate berapa kos postage korang nanti. Tapi kalau below 1kg, dan nak pos within semenanjung , konfem konfem RM6 jer.
Lagi satu yang menariknya EASY PARCEL ni, diorang bekerjasama dengan banyak courier company termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. So, korang boleh lah pilih courier mana yang bersesuaian ikut suka kehendak qalbu masing masing . Tapi paling common, guna POSLAJU lah .
Dalam kes ni, kami masukkan poskod untuk poskan barang daripada Selangor, ke Melaka. Bila dah isi isi semua details tu, boleh terus tekan “QUOTE & BOOK” . Lagi satu …. pastikan eh korang declare berat barang tu betul betul  . Jangan lah barang berat 3kg kau tulis 0.8g pulak . Kalau salah, nanti ada additional cost pulak ye. Nak senang, beli lah penimbang satu khas untuk timbang parcel korang kat rumah .
Ini antara senarai courier yang ada . ANTARA eh .. ada lagi bawah bawah tu POSLAJU, AIRPAK semua.. Explore lah sendiri yer.. hehe
Rate tu tulis RM7.80 kan? Tu sebab tak login masa buat ni . Nanti kalau dah login dan request pos , korang akan dapat rate RM6.00 tu . Don’t worry. Kalau tak dapat gak, boleh complaint kat facebook mereka. Kat sini : https://www.facebook.com/easyParcel.my/ . Tapi makesure dah topup / beli pakej baru boleh dapat flat rate tu .
Nanti dekat bawah bawah sikit, iols cerita pasal PAKEJ dia pulak .
Okay , ni pulak form untuk korang isi details customer.  Pastikan isi selengkapnya ya, dan ALWAYS ALWAYS double check poskod . Sebab kalau salah poskod, barang akan dihantar ke hub yang salah . Sama ada salah pusat atau pun salah negeri teros haha . Kang mula lah kasteme bising “eh saya duk Paya Jaras, dah kenapa bila track barang saya kat Langkawi pulekk?” .
“Kalau saya request pickup , pukul berapa orang courier datang rumah?”
Takde specific masa ya. Diorang akan allocate masa dari pukul 1pm sampai 6pm . So dalam range masa tu juga lah abang courier akan datang ambik . Pastikan ada orang kat rumah lah ye . Sebab diorang ada banyak tempat nak singgah dan collect item pickup. So bertabahlah dan menunggu dengan kesabaran setinggi broga .
Dalam sistem , akan ada semua detail dan rekod pengeposan yang kita buat. Siap tulis lagi status barang tu dah selamat di terima atau pun belum .
Nampak tak ada tracking number dekat column kiri sekali , tulisan biru biru? Okay tu tracking number. Nombor ni lah korang bagi pada customer untuk diorang check status item dorang . Bila click dekat tulisan biru tu, automatik sistem akan paparkan secara detail korang punya shipment status . Macam dekat bawah ni …
Sangat sangat detail kan? Tak susah susah dah nak copy paste tracking number dan trace dekat website poslaju/skynet etc. Cuma click je dekat link tracking number tu. Senang gila babas alagapasss!
Ini pulak contoh untuk korang tengok baki dalam akaun korang ada berapa , berapa total item dah dipos dan macam macam lagi lah . Boleh tengok ni dekat bahagian ‘MY DASHBOARD” . Lepastu, kalau rasa rasa macam baki dalam akaun dah tak banyak , boleh lah topup .
Ada disediakan dua pakej . Pakej VIP dan pakej biasa. Kalau pakej VIP tu memang sembang ribu ribu lah cerita nya . Yang pakej biasa, seperti yang berikut . Serendah RM100 . Campur GST, jadinya RM106 jurrr .
Kalau order korang banyak, korang topup RM500 terus, dapat lah 50 pcs flyers percuma. Flyers tu sejenis plastik untuk bungkus barang. Easyparcel punya flyers comel sangat, warna pink! Memang comel . Tapi kalau nak, kena ambik pakej RM500 keatas. Kalau bawah daripada tu tak dapat free dan dorang pulak takde jual flyers tu . Sobs .
Comel kan warna pink!
Untuk urusan topup pun mudah, sebab dah tersedia payment gateway. Takdelah nak kena bayar manually masuk maybank2u dah. Tekan tekan je akan terus redirect ke bahagian payment . Mudahh sangat .
——————–
Kesimpulannya , Easy Parcel ni memang sangat membantu para peniaga yang baru berjinak jinak nak bermula dalam online business. Dapat flat rate, dan dapat pulak privilage boleh request pickup .
Lagi satu nak highlight, kalau korang nak dia pickup , nak senang better place order sehari sebelum nya. Sebab kalau tak, dia akan pickup hari esoknya . Ada cut off time, kalau tak silap pukul 11 pagi kot . Paling lewat request order 11 pagi untuk pihak courier datang collect pada hari yang sama .
Klik sini untuk Register Easy Parcel.
Ok, dah tahu cara buka akaun Easy Parcel? Nak tahu cara buka akaun City Link? Klik “Cara Membuka Akaun City Link“.
Credit: blog.farahdafri.com