Serum Untuk Wajah Perlu Dipakai Dengan Betul

SERUM UNTUK WAJAH PERLU DIPAKAI DENGAN BETUL

Ada banyak perkara yang boleh menyumbang kepada penuaan semulajadi kulit wajah. Selain faktor usia, pencemaran udaran dan kepanasan sinaran matahari juga boleh merosakkan sel-sel kulit wajah.

Selain itu, mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembapan semulajadinya hilang. Apatah lagi apabila anda menggunakan pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit wajah. Untuk mencegah dan mengatasinya sebaiknya anda selalu menggunakan serum wajah.

Cara penggunaan yang tepat:

 

1. Setelah anda mencuci atau membersihkan wajah dengan sabun pembersih, gunakan serum yang secukupnya. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari-jari tangan.

 

2. Jika anda memiliki kulit yang sensitif, setelah membersihkan wajah tunggu antara 10-15 minit sebelum anda memakai serum untuk wajah.

3. Anda tidak perlu melewatkan rutin harian anda memakai pelembab wajah. Sebaliknya gunakan serum terlebih dahulu kemudian baru pakai pelembab.

 

4. Jika anda ingin berjimat cermat dalam penggunaan serum wajah yang mana harga yang agak mahal, jadi anda boleh pakai serum wajah pada sebelah siang atau pada malam hari.